Hai

Orang panggil aku Hanis. Tapi aku selalu letak nama aku Hanis Zariman. Bakal menghadapi peperiksaan besar iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tak banyak yang menarik tentang aku. Nak kata gedik bolehlah sikit. Lawak aku boleh buat orang menyampah. Kelakuan aku boleh dikatakan tidak sopan apabila bersama kawan. Suka ketawa walaupun lawak hambar. Kalau ketawa memang kuat sampai nampak anak tekak (ramai yang cakap) tangan pun tidak kurang dengan merayap ke badan orang lain. Kepala akan digesel-geselkan kat orang sebelah. Kaki akan dihentakkan ke lantai. Senang cerita pakej lengkap.

Aku takdelah lawa mana. Kalau nak dibandingkan dengan Nora Danish aku serupa potato. Mana mungkin kecantikkannya boleh dilawan. Kulit pun macam orang kena sunburn yang tak pernah pulih. Tinggi paras adik kau je. Senang bergaul. Kalau kau tak kenal aku, automatik aku akan jadi pendiam. Sekali kau kenal aku, suara akulah yang kau paling menyampah.

Sampai sini jelah. Tak boleh cerita banyak. Kalau kita bertemu nanti baru aku ceritakan pasal diri aku. Jangan risau aku peramah orangnya lel

No comments: