Muhasabah maybe?

Hai,

Aku bukan macam kau; keluarga bahagia, hidup senang tapi aku bersyukur. Walaupun susah, perit untuk terima, aku cuba telan perlahan-lahan dan rasa kepahitannya. Kadang cemburu juga tengok keluarga orang lain gembira je. Tapi kita tak tahu disebalik kegembiraan mereka. So, apa kata kita hargai apa yang kita ada. Maka kehidupan kita akan lebih mudah dan berjalan dengan lancar walaupun tak sama dengan kehidupan orang lain.

Hidup aku ni bukan macam orang lain. Malah tiada yang sama langsung macam aku. Aku cakap aku bersyukur tapi kenapa aku rasa aku lebih kepada merungut? lel. Nampak tak aku bersyukur bukan dari segi perbuatan. Aku hanya bersyukur dengan percakapan. Patutlah hidup aku tak berubah keh. Aku dah sedar kesilapan aku, tapi aku asyik ulang tanpa rasa serba salah.

Patutlah orang suka buat maksiat, seronok rupanya

Macam aku contohnya. Tak payah ambil orang lain. Aku cuba untuk berubah. Dulu aku dah berubah (sikit) tapi hati aku tak kuat dengan bisikan syaitan ataupun aku memang penat untuk berubah? Nak berubah senang, tapi nak istiqamah tu susah. Kalau hati kau tak kuat, payah. Kalau kau nak buat apa-apa try niat kerana Allah. In shaa Allah semuanya akan berjalan lancar. Nasihat orang pandai, tapi bila kena diri sendiri merungut. Hahahahaha k.

Bye

No comments: